ANUGERAH REMAJA PERDANA 

Anugerah Remaja Perdana merupakan satu cabaran kepada individu belia.  Ia memperkenalkan belia kepada aktiviti-aktiviti sukarela yang menggalakkan penerokaan diri, kepercayaan diri, semangat dedikasi, dan perasaan tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.

 

Tiga Peringkat Anugerah

Terdapat tiga peringkat Anugerah iaitu :

~          Gangsa

~          Perak

~          Emas

Bagi mendapat pingat emas, peserta-peserta mesti melalui peringkat gangsa, dan perak melalui bidang tambahan iaitu projek KHIDMAT BAKTI.

 

TUJUAN

 

~          mendedahkan para belia dengan aktiviti-aktiviti sukarela.

~          memberi peluang kepada para belia mempelajari mengenai sikap tanggungjawab,

berdikari, persaingan  yang positif dan kejayaan sendiri.

~          Membantu belia menjadi ahli masyarakat yang dinamik dan matang.

~          Memberi peluang yang sama kepada semua belia untuk mempertingkatkan

pembangunan diri sendiri.

 

EMPAT BIDANG KEGIATAN PENGANUGERAHAN

Untuk setiap penghargaan, peserta-peserta mestilah melalui dan menjalankan empat bidang berikut:-

i.                     perkhidmatan Masyarakat.

Belajar bagaimana  memberi perkhidmatan yang berguna kepada masyarakat.

ii.                   Sukan / Kebudayaan.

Mendorong belia bergiat di dalam bidang sukan atau ke peringkat yang lebih tinggi.

iii.                  Kemahiran / Innovasi.

Mendorong perkembangan minat peribadi dan kemahiran seperti elektronik, kejuruteraan dan lain-lain.

iv.                 Rekreasi / Pengembaraan

Mendorong penglibatan dalam rekrasi fizikal dan semangat pengembaraan.

 

o                   Bidang Tambahan (untuk pingat emas sahaja)

Untuk mendapat pingat emas, peserta hendaklah melalui bidang tambahan iaitu KHIDMAT BAKTI.

 

FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA

o       Menberi peluang kepada belia menggembangkan bakat,kemahiran dan minat kearah hidup berdikari disamping khidmat kepada masyarakat.

o       Memberi peluang kepada belia menikmati alam semulajadi sambil mancari penemuan-penemuan baru untuk pembangunan diri dan masyarakat.

o       Menyujukkan semangat kerjasama dan tolong menolong didalam satu kumpulantanpa perasaan persaingan dan perlumbaan.

o       Melatih belia menjadi pemimpin masyarakat sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

o       Membina tahap kematangan dan ketahanan mental dan fizikal di kalangan belia dalam menghadapi cabaran negara maju.

o       Melahirkan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, dan masyarakat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan perpaduan kaum.

 

SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI

Semua belia yang berumur 16 hingga 25 tahun diseru dan digalakkan menyertai program Anugerah Remaja Perdana :

~          Murid-murid Sekolah

~          Penuntut-penuntut IPTA/IPTS

~          Belia berpersatuan

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYERTAI 

~          Mendaftarlah kepada penilai-penilai yang dipilih iaitu :

            I           Pejabat-pejabat Belia dan Sukan

            II          Guru-guru ko-kurikulum sekolah

            III        Pensyarah di IPT

            IV        Pemimpin Persatuan Belia

~          Anda akan dinilai oleh penilai-penilai melalui satu buku catatan prestasi yang

akan diberikan semasa anda mendaftarkan diri.

 

AKTIVITI/PROGRAM

1.         Perkhidmatan Masyarakat

            ~          Membantu masyarakat kurang bernasib baik.

            ~          Berkhidmat di rumah-rumah sakit dan pusat-pusat rawatan.

            ~          Berkhidmat di rumah-rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan

Pusat-pusat Pemulihan.

            ~          Bantuan untuk mangsa mala petaka seperti mangsa banjir dan

kemalangan.

2.         Sukan/Kebudayaan

            ~          Sukan prestasi tinggi

            ~          Sukan penyertaan ramai

            ~          Nyanyian

            ~          Muzik

            ~          Puisi dan lain-lain

3.         Kemahiran/Inovasi

            ~          Ukiran dan Senibina

            ~          Jahitan dan Sulaman

            ~          Gubahan dan Rekabentuk

            ~          Komputer

            ~          Fotografi

            ~          Seramik dan lain-lain

4.         Rekreasi/Pengembaran

            ~          Mengembara

            ~          Berkenu

            ~          Perkhemahan

            ~          Berenang

            ~          Memancing dan lain-lain

 

PENGESAHAN PEMBERIAN ANUGERAH

Buku catatan prestasi digunakan untuk mencatatkan semua kemajuan yang diperolehi melalui program dan catatan haruslah dilakukan hanya bila peserta-peserta telah memenuhi syarat setiap bidang.  Seseorang peserta yang telah melalui dan mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan akan diberi penganugerahan berupa pingat dan sijil penghargaan yang diiktiraf oleh kerajaan.

 

Masa Penglibatan

Jumlah waktu yang digunakan bagi setiap pilihan kegiatan tidak ditentukan tetapi peserta harus dapat menunjukkan adanya usaha yang tetap dan yang diberi dalam waktunya sendiri melebihi jangka waktu minima yang disyaratkan.  Peserta dibenarkan menangguh sementarawaktu dari kegiatannya atas urusan penting seperti menduduki peperiksaan.

Fasilitator 

Setiap peserta harus mempunyai seorang fasilitator yang berpengalaman untuk membimbing mereka menjalankan kegiatannya.  Tugas fasilitator boleh dilakukan secara tetap dan rasmi seperti di bilik darjah atau secara informal apabila diperlukan.

 

 

“ BELIA BERKUALITI NEGARA MAJU ”

 

 

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN,

ARAS 5, BLOK G,

JALAN DATO’ ONN,

50570 KUALA LUMPUR,

 

 

~ Keluar/Out